Skip to main content

Tips diet tanpa berlapar



Haiiiiiiii semuanyaaa .. :)

Hari ini saya ingin berkongsi tips diet saya tanpa berlapar!!

Macam mana saya buat?? senang kah?? susah kah??

kena baca sampai habis kalau mau tau yaa hihi


Ramai orang beranggapan kalau kita mau ber diet mesti dalam kepala otak dorang kita ni tidak makan langsung.

Diet ni bukan bermaksud kita tidak makan langsung.. Diet ni kita makan ke arah makanan seimbang.

Macam juga kalau kita mau jogging kan?
Mau jogging sebab mau kekal fit, sesetengah orang beranggapan "buat apa mau jogging, slim sudah bah saya ni"

Abaikan mereka yang berfikiran seperti ini, sebab orang- orang macam ni lah yang boleh buat anda Down motivasi diri untuk terus capai berat badan ideal .

ok jom baca apa #tips saya diet tanpa berlapar !


Semakin banyak minum air, semakin kurang rasa lapar 


1. Banyakkan Minum Air kosong
Air kosong atau Air putih ni sangatlah penting untuk di minum ketika ber diet. 
Lupakan minuman manis-manis!! minum air sekurang kurangnya 2-3 liter sehari . Lagi banyak minum air lagi bagus :)

Kadang badan kita sendiri tidak dapat kenal signal badan kita samada lapar atau haus.
jadi ! Minum lah air sebelum makan ya kawan kawan .

**Minum air sebelum makan dapat membuatkan kita kenyang dengan lebih cepat.


Kebaikan buah buahan 

2. Gantikan makanan manis dengan buah-buahan
Kena strict pengambilan gula, kalau mau makan gula tu tukar lah makanan anda kepada gula semulajadi, buah buahan kan manis juga , lagi berkhasiat lagi menyihatkan !

**pelan kita tukar makanan kita kepada diet yang lebih sihat.

Piramid makanan

3. Banyakkan makan sayur hijau daripada nasi .
Lebihkan pengambilan sayur sayuran daripada nasi, bukan tidak boleh makan nasi langsung ya, kita cuma kurangkan , mau makan banyak pun tiada masalah asalkan makanan yang anda makan tu kurang minyak , kurang gula.

**guna piring atau mangkuk kecil supaya dapat kawal kuantiti makanan yang kamu ambil.


Makan apa sahaja yang kamu mahu masa Cheat Day!

4. Cheat day  
Seminggu ber diet kena ada sehari untuk Cheat day ya! (pilihan terbaik hujung minggu)

Kamu boleh makan apa saja yang kamu mau masa ni tapi agak-agak lah ya jangan terlebihhh sudahh.


Set Turunkan Berat Badan Shaklee

5. Makanan tambahan
Masa proses diet ni, saya juga mengambil makanan tambahan iaitu suplemen Shaklee.
Set kurus Shaklee menjadi pilihan saya :)

**Paling penting sebelum mula makan suplemen ni kena detox badan dulu supaya suplemen yang kita ambil cepat berkesan.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee boleh klik "ada apa dengan set kurus shaklee"

Sekian Tips diet dari saya .

Jumpa di entri seterusnya :)

#tipsdietfera








Comments

  1. Tq tipsnya! 😍 Tips bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Pemakanan dan senaman tu penting dan sejajar untuk kesan yg lebih effectif

    ReplyDelete
  3. Apa-apa pun, makanan tambahan membantu meningkatkan kesihatan dalam dan luaran kita.. Jom amalkan gaya hidup sihat yang berkualiti!

    ReplyDelete
  4. wah tq tipsnya 😍

    ReplyDelete
  5. Si chuan tu hri pun 4 liter air dia minum wlupun mkn suplemen.. cepat kesan 😍

    ReplyDelete
  6. Thank you Tipsnya yaa. Ngam betul dengan saya ini tips 😍 mahu Try ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Buat Surat Pembatalan Polisi Insurans SunLife Dengan Mudah

Hari ni saya mau bagitau kat korang. Kalau mau ambil insuran tu hati-hati. Kena berfikir banyak kali dan jangan fikir setakat 2 3 kali tau nanti jadi pula kes macam saya ni. Nasi dah jadi bubur huhu. Nasib dah batalkan insuran ni. Ok sini saya mau share dengan korang macam mana cara saya buat pembatalan insuran yang saya ambil dari SunLife Malaysia Berhad dengan cara paling mudah dan pantas. Jenis pelan yang saya ambil ialah SunSave Assured. Macam mana nak batalkan? Caranya senang je, kena buat surat dan dalam surat tu mestilah ada nama, nombor kad pengenalan, nombor polisi ataupun sijil dan sebab buat pembatalan. Contoh surat untuk batalkan insuran Selepas tu printout surat kita tadi dan sign kat bawah surat , scan surat tu dan emalkan ke wecare@sunlifemalaysia.com Sms di terima selepas hantar email Dalam 3 hari masa bekerja korang akan dapat sms dari pihak Sunlife yang bagitau permohonan pembatalan tersebut sudah di luluskan. Boleh lah tarik nafas lega!

Kesan Sampingan Yang Anda Akan Dapat Bila Makan GLA Complex Shaklee!

Hai semua, sihat? Terima kasih saya ucapkan hari ini sebab sudi membaca entri saya pada kali ini.  Kali ni saya nak bincangkan apa kesan sampingan yang anda akan dapat bila memakan produk terkenal iaitu GLA Complex daripada Shaklee.  Ada kakak ni ambil GLA Complex untuk stabilkan hormonnya sebab period dia tak datang tiap bulan dan habis sebulan dia makan GLA Complex tersebut kakak ini dapati kesan yang dia inginkan seperti dalam setiap testimoni pengguna GLA tersebut tidak berkesan dengannya. Dah konsistent sebulan tapi period tak datang juga dan kesan di sebalik ni rupanya kakak ni dah mengandung beberapa minggu.  Kesan sampingan ini lah yang akak ni dapat, setiap badan kita ini semuanya berbeza tau, cepat atau lambat kita akan dapat juga kesan itu dengan usaha dan kesabaran yang kita jaga. Tak semestinya apa yang kita nak di kabulkan malah di beri berita yang paling gembira yang tak di sangka-sangka. Kalau anda tercari-cari suplemen untuk stabilkan hormon dan juga tingkatkan

Selaput Mata, Katarak Atau Pterygium?

Penyakit Selaput Mata ini adalah sejenis penyakit yang boleh berlaku kepada golongan tua ataupun muda dan ia boleh di hidapi oleh semua orang. Ramai yang menyalahanggap bahawa selaput mata ini adalah katarak dan masih ramai yang keliru perbezaan selaput mata dan juga katarak. Mungkin perkataan "selaput mata" agak membinggungkan kerana katarak juga di panggil sebagai selaput mata, nama mereka mungkin sama tetapi keadaan mereka jauh bezanya. Anda mempunyai selaput mata atau katarak? mari kita baca perbezaannya. “Pterygium” adalah selaput yang berada di hadapan mata. Kebiasaannya tumbuh dari tepi di bahagian konjunktiva dan tumbuh perlahan-lahan ke bahagian tengah mata iaitu kornea. “Pterygium” memang senang kelihatan kerana beradaa di bahagian paling luar mata. Ia merupakan sejenis ketumbuhan abnormal namun bukan kanser dan jika tidak di rawat ia akan tumbuh menutupi seluruh mata. Pterygium adalah "lapisan fibrovascular" iaitu gabungan salur darah da