Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

MINUMAN ISOTONIK BEBAS GAS

Dehidrasi atau kurang cecair dalam badan tidak boleh di pandang ringan oleh setiap individu. Kehilangan cecair dalam badan biasanya di sebabkan oleh senaman atau penyakit .  3-4% daripada cecair dalam badan hilang tidak akan menjejaskan kesihatan 5-8% daripada cecair dalam badan hilang akan menyebabkan keletihan dan pening kepala 10% daripada cecair dalam badan hilang, kemerosotan fizikal dan mental serta dehidrasi yang teruk akan berlaku. 15-25% daripada cecair dalam badan hilang boleh membawa maut! Dehidrasi yang ringan boleh di atas dengan meminum air atau minuman isotonik. Minuman Isotonik ialah gabungan air,gula dan elektrolit. Pengambilan minuman isotonik adalah lebih baik dalam penghidratan berbanding minuman lain. Glukos merupakan sumber tenaga bagi badan kita. Dengan itu adalah penting untuk mengambil minuman isotonik di mana glukos dan karbohidrat dengan kepekatan 6-8% seperti yang terdapat di dalam Perfomance Drink Shaklee. Yang paling best ! Perfomance Drink S

Jika Anda Mengalami Tanda-Tanda ini, Badan Anda perlu "DETOX" segera!

Bila badan anda rasa lemah dan rasa mahu sakit tapi tidak sakit , lemas badan . Mungkin itulah petanda badan anda perlu detox dengan segera! Apa itu "detox" ? Detoksifikasi adalah proses untuk membuang bahan-bahan yang berbahaya iaitu toksik dari badan dan dengan itu ia akan memberikan kesihatan yang lebih baik . Badan kita memerlukan detox supaya sistem penghadaman kita dapat berfungsi dengan lebih baik. Jika anda tidak melakukan detox , toksik dan bahan buangan akan terkumpul lama dalam badan, 10 TANDA BADAN ANDA PERLU "DETOX" ! 1. Mulut berbau / lidah tengah warna putih 2. Mengidam makan manis-manis 3. Badan gatal-gatal 4. Berat badan susah turun walaupun banyak cara 5. Perut semakin buncit 6. Badan kuat berpeluh 7. Insomnia 8. Mudah penat 9. Selalu sembelit 10.Tumbuh jerawat dan ruam Adaka anda mempunyai tanda seperti di atas??  Kalau ada, anda perlu detox ya! Makan vitamin atau suplimen banyak pun

TIPS KEKALKAN BERAT BADAN

Berat badan makin naik! Apa Tips untuk kekalkan berat badan? Semua kita mesti risau kalau berat semakin naik kan? Risau, gelisah pun ada sebab tidak selesa dengan badan sendiri yang semakin 'mengembang' Jangan risau jangan takut. Sebab kali ini saya akan kongsikan dengan anda tips tips untuk kekalkan berat badan. #TIPS 1 : Kurangkan Pengambilan Nasi Kalau mahu diet tu bukannya tidak perlu makan nasi langsung . Kurangkan sahaja pengambilan Nasi dan banyakkan makan sayur dan juga buah buahan. #TIPS 2 : Banyakkan Makan makanan tinggi Omega 3  Makanan yang tinggi Omega 3 ialah seperti tuna,kacang,ikan Salmon dan banyak lagi. Makanan tinggi Omega 3 ini  Mampu mengekalkan dan menurunkan berat badan Lemak baik yang terdapat dalam Omega 3 itu membantu untuk menurukan berat badan. #TIPS 3 : Kurangkan Makanan Ringan Mahu makan tu boleh. Tapi kalau mahu maintain berat tu jangan lah selalu makan ya.  Makanan ringan ini bukan sahaja

BAHAYA OBESITI !

Obesiti menjadi masalah kesihatan yang paling serius di Malaysia! Menurut Menteri kesihatan pada april 2017, 8.5 juta penduduk di Malaysia mempunyai masalah berat badan yang berlebihan.  4.4 juta daripada mereka di kategori sebagai obes atau berat badan yang melampau. APAKAH FAKTOR KEPADA OBESITI? 1.GENETIK Ibu bapa yang mempunyai berat badan berlebihan lebih cenderung mendapat anak yang obes. Ketika ibu yang obese hamil, maka sel lemak yang melebihi ukuran normal tersebut di turunkan kepada si bayi semasa dalam kandungan. 2. PEMAKANAN Pola makan berlebihan inilah punca utama kegemukan.  Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ini lebih cenderung untuk makan bila rasa ingin makan dan bukannya hanya ketika lapar.  Keadaan ini juga menyebabkan diri mereka sendiri terperangkap dalam kegemukan jika mereka sukar untuk mengawal nafsu makan dan motivasi yang kuat untuk menurunkan berat badan.  3.MALAS BERSUKAN Berat badan yang berlebihan membuatkan aktiviti sukan menja

Cara mengatasi Baby Blues Syndrome

Sebelum kita baca cara mengatasi " baby blues" mari kita kenal dulu apa itu "baby blues" " Baby Blues Syndrome" atau di kenali sebagai Pospartum Distress Syndrome adalah keadaan gangguan emosi yang dialami oleh si ibu selepas melahirkan bayi. " Baby Blues " merupakan keadaan yang lebih ringan dari depresi post-natal (depresi selepas melahirkan).  Keadaan ini dianggap normal dan sering terjadi.  Tanda tanda si Ibu mengalami " Baby blues Syndrome" 💡Menangis tanpa sebab yang jelas 💡Emosi tidak terkawal, cepat marah 💡Mudah menyesal  💡Keletihan 💡Mudah merasa cemas  💡Tiada kesabaran 💡Perasaan tidak mampu mengurus si bayi 💡Kurang keyakinan diri 💡Mudah tersinggung >>Cara- cara atasi " baby blues" adalah<<  1. Selalu berdoa kepada Allah agar diberi kemudahan dalam menjalankan kewajiban kita sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya. 2. Sentiasa percaya pada dir

LANDMARK STUDY

LANDMARK STUDY Hanya Shaklee satu satunya company yang ada Landmark Study Landmark Study.. apa tu? ✔Shaklee ambil pihak ketiga (yang tiada kaitan langsung dengan Shaklee) untuk menguji tahap keberkesanan atau sebaliknya untuk di amalkan ✔Tidak kira keputusan daripada hasil kajian itu positif atau negatif, mereka akan publish juga. 🔴Kajian ini di kendalikan oleh Dr.Gladys Block  pada tahun 2007, top sainstis di UC Berkely School of Public Health.                  *kajian tersebut dijalankan keatas 3 golongan 1.Mereka yang tidak amalkan vitamin langsung 2.Mereka yang amalkan jenis vitamin jenama lain 3.Mereka yang makan vitamin Shaklee 🔴Hasil kajian ini jelas menunjukkan supplement keluaran Shaklee terbukti selamat dan berkesan untuk di gunakan. 😊jangan lagi ragu2 makan vitamin shaklee #pengedarshakleekotakinabalu

Ketahui jenis kulit anda dan Bacaan BMI

Halu haluu semuanya.. Hari ni sy pergi kk branch Shaklee untuk cek jenis kulit sy dengan BMI .. Macam mana tu cek jenis kulit? Mereka ada mesin khas untuk kesan kulit kita sama ada jenis yang berminyak atau kering atau kedua-duanya sekali.. Macam saya jenis kedua-duanya.. kering dan berminyak .. so dari sana mereka akan terangkan apa pencuci muka dan jenis rawatan yang sesuai dengan kulit kita.. Selain tu mereka juga akan mencadangkan supplement apa yang sesuai bagi penjagaan dalaman kita 😊 Mahu cantik luaran kena pastikan dalaman pun cantik tau 😄 baru la meletopssss haha                  Ok yang kedua saya timbang BMI (BODY MASS INDEX) Dari BMI ni kita dapat tau apa Body age kita.. bahagian badan sebelah mana yang ada masalah lemak berlebihan.. Fuhhh terkejutt la saya body age tua dari usia 😱 Mahu mulakan senaman ni .. Nasib ada set kecantikan dan set turun berat badan.. lepas 2 bulan saya mahu cek balik ni 💪 I can do this!!

Salam perkenalan !

Sebelum saya mula post dalam blog ni saya kenalkan diri dulu yee.. Salam perkenalan dari saya.. nama saya Elfera J. Saya Pengedar Shaklee kawasan kepayan,kota kinabalu - ranau ,sabah .. boleh kirim bas seluruh sabah dan kirim pos seluruh malaysia juga yaa.. COD  (Cash on Delivery)  kawasan kepayan - tanjung aru - putatan.  Saya mula  join  shaklee pada awal bulan mac 2017 tapi aktif buat bisnes shaklee ni pada bulan april 2017.  Dalam sebulan saya buat bisnes ni saya sudah layak dapat  income  dari shaklee , kalau ada usaha mesti ada hasil bah kan :)  Kenapa Shaklee menjadi pilihan saya untuk berbisnes online?  nanti saya ceritakan next blog saya yee .. Mencari bisnes partner seluruh malaysia.. boleh contact saya :D  Whatsapp/Telegram/SMS 014.6946586 SMS/CALL 010.5831396