"SEDIHNYA BEKAS JERAWAT NI SUSAH BETUL MAU HILANG"
Hari ni Fera ingin kongsikan kepada anda semua 5 Petua untuk hilangkan bekas jerawat berlubang dengan bahan semulajadi yang mudah sekali di dapati.
1. ALOE VERA ( LIDAH BUAYA)
▪ Aloe Vera kaya dengan vitamim semulajadi yang sangat bagus melembabkan kult, memulihkan dan menghilangkan parut secara ansur-ansur.
Aloe vera bersifar lembut dan tidak memudaratkan kulit walaupun letak banyak-banyak di muka.
Cara pengunaan : Patahkan daun aloe vera, ambil lendirnya dan sapukan pada muka. Biarkan selama 30minit kemudian cuci muka dengan air biasa.
2. LEMON
▪ Lemon dapat cepatkan pembentukan kolagen pada kulit dan meransang terbentuknya sel kulit baru. Lemom adalah Asid Alfa Hidroksil semulajadi, sejenis AHA yang berfungsi untuk membantu sel kulit baru dan mengurangkan parut jerawat.
Cara Pengunaan : Perah sedikit jus lemonlemon ke dalam bekas. Gunakan kapas dan sapukan pada mukamuka dan biarkan kering. Kalau kulit anda jenis sensitif , campurkan dengan sedikit air.
3. MADU
▪ Madu adalah salah satu bahan semulajadi yang terbaik untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat. Madu dapat mengurangkan keradangan dan melembabkan kulit. Madu sesuai di gunakan ke semua jenis kulit.
Cara Pengunaan : Ambil sedikit madu dan sapukan pada muka. Lepas tu biarkan sahaja. Kalai tidak selesa boleh basuh dengan air. Pastikan anda memilih madu yang asli ya.
4. VIRGIN COCONUT OIL (MINYAK KELAPA DARA)
▪ Virgin Coconut Oil sememangnya lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilannya yang tidak menggunakan haba.
Cara pengunaan : Titiskan virgin coconut oil sedikit pada tapak tangan dan urut secara perlahan pada muka anda. Tidak perlu di cuci. Boleh cuci dengan air jika tidak selesa.
5. BAKING SODA
▪ Baking soda atau di kenali sebagai Natrium Bikarbonat ini mampu menghilangkan parut jerawat. Ia mengandungi Kristal Sodium berkarbonat yang dapat memudarkan parut.
Baking Soda ini akan menyerap masuk ke dalam pori-pori muka untuk membersihkan di dalam kulit untuk mengelak jerawat tumbuh dan memudarkan bekas jerawat.
Cara Pengunaan : Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air jangan terlalu cair dan sapukan ke muka yang banyak parut.
Selepas cuci muka pastikan anda gunakan moisturizer. Amalkan 2 kali sehari.
Mesti anda tertanya-tanya kalau ada atau tiada Set Penjagaan kulit yang mampu memudarkan dan menghilangkan bekas jerawat ini?
Sudah tentunya ada! Boleh baca "Hebatnya! Bekas Jerawat Semakin Pudar dengan Skincare ini !"
Semoga Petua di atas dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Terima kasih !
wahhhh good tips! perlu try ni
ReplyDeleteWuuu! Boleh cari di dapur saja ni barang 😊 tq tips!
ReplyDeleteGood info 😍
ReplyDeleteBahan2 dalm rumah pun boleh bantu rupanya 😍
ReplyDeleteSemua bahan2 yg senang djumpai dan didapati d rumah. Hehee nice tips!
ReplyDelete