Jangan nampak berusia kalau belum masanya! Hahh! Siapa lah mau nampak tua kan kalau umur tu belum berapa "tua", mereka yang berumur pun nampak awet muda ja, tidak jeles ka?
Mereka yang kekal awet muda sampai umur berusia ni selalunya mengamalkan petua dan juga gaya hidup yang sihat dari usia muda mereka lagi.
Pernah ka suatu ketika dahulu viral mama umur hampir 50an tapi mukanya macam awal umur 30an . Sampai di kata orang yang mamanya itu adalah teman wanitanya. Rahsianya adalah kekal aktivit dalam sukan, dia sangat suka berenang dan beliau menjelaskan aktiviti mengeluarkan peluh juga penting untuk badan kekal cergas dan seterusnya menjadikan ia kekal muda.
Sini saya sediakan 5 Petua Untuk Kekal Awet Muda.
RUTIN PADA WAKTU PAGI
Jadikan rutin meminum air suam setiap pagi. selepas bangun tidur sebagai kebiasaan malah ia adalah ritual untuk mengekalkan kecantikan kulit dengan cara paling mudah dan praktikal.
CUBA INI: Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing- pusingkan jari ke pipi lalu bawa ke hidung dan seterusnya ke dahi. Lakukan ritual mengurut seperti ini disusuli dengan meminum air suam.
MAKAN BANYAK SERAT
Tahukah kamu salah satu kunci untuk awet muda adalah menjaga pemakanan? Hal ini kerana ia mempengaruhi kesihatan pencernaan dan untuk menjaganya, pakar kesihatan menyarankan kamu memerlukan 25 gram serat setiap hari.
Serat berfungsi menjaga semua nutrisi yang kamu makan dalam tubuh lalu melepaskan nutrisi tersebut jika diperluka Serat banyak terkandung di dalam buah- buahan, sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai gandum.
CUBA INI: Pilih makanan yang mengandungi gandum sebagai sarapan atau menjadikannya sebagai kudapan. Kamu juga boleh mengambil pasta yang diperbuat daripada gandum.
BIASAKAN DIRI MAKAN ULAM
Ulam raja cukup sinonim dengan masyarakat Melayu dan lazimnya ia dijadikan ulam. Namun demikian, fungsinya tidak terbatas setakat itu saja. Khasiat ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen akan melancarkan proses peredaran darah dalam tubuh.
Apabila kandungan oksigen mencapai keseimbangan, tubuh kamu terasa lebih segar malah kulit lebih sihat dan tegang. Justeru, ketegangan kulit ini memperlihatkan kamu tampil awet muda
CUBA INI: Amalkan memakan ulam raja setiap hari. Kamu boleh memakannya secara mentah, celur ataupun dicicah. Kaedah lain yang boleh dicuba adalah dengan mencampurkan dalam masakan atau dibuat kerabu.
MAKAN MAKANAN KAYA ANTIOKSIDAN
Menurut buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty tulisan Dr. Mehmet C. Oz, M.D., membuktikan bahawa antioksidan adalah makanan antipenuaan. Dan, salah satu sumber makanan antioksidan adalah blueberry.
Menurutnya,“Semua makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan yang dapat melindungi tubuh.”
Makanan antipenuaan lain seperti brokoli dan tomato. Justeru, kamu disarankan agar memakan lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setaip hari
Senaman Muka
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan senaman ini. Ikuti langkah berikut:
- Mulakan dengan mengukir senyuman manis di hadapan cermin.
- Angkat kening dan kerutkan dahi (seolah- olah kamu menunjukkan muka seperti terkejut).
- Pejamkan mata rapat-rapat sehingga hidung terasa terangkat.
- Langkah berikutnya, senyum sambil menunjukkan gigi.
Ulangi teknik ini 10 hingga 15 kali setiap senaman setiap hari. Ia membantu melancarkan perjalanan darah dan menguatkan otot pada bahagian muka.
MAKAN COLLAGEN
Amalan memakan collagen juga menjadi pilihan ramai wanita di luar sana untuk kekal awet muda. Kulit muka pun nampak tenang ja seperti wanita berusia awal 30an.
Artikel berkaitan : "KEBAIKAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE"
Comments
Post a Comment