Skip to main content

6 Kesilapan Penjagaan Muka Yang Ramai Orang Tidak Sedar

Bila jerawat mula tumbuh pada muka , Sana lah berfikir macam mana jerawat boleh tumbuh sedangkan sudah mencuci muka setiap hari dan menjaga muka sentiasa dengan pelbagai produk kecantikan?

Pernahkan anda terfikir akan kesilapan dalam penjagaan muka?

Hari ini Fera akan berkongsi dengan anda tentang kesilapan-kesilapan yang anda tidak sedar di dalam penjagaan kulit muka.


5 Kesilapan Penjagaan Muka Yang Ramai Orang Tidak Sedar


#1. Mencuci Muka Dengan Terlalu Kerap

Balik-balik cuci muka pun tidak berapa bagus tau sebab ia akan menyebabkan kulit menjadi terlalu kering serta hilang kelembapan selepas di cuci dan kulit akan menjadi lebih berminyak dan berjerawat.

Mencuci muka sekurang-kurang 2 kali sehari sudah mencukupi iaitu sebelah pagi dan malam sebelum tidur. 


#2. Menggosok Dan Menyental Kulit Muka Terlalu Kuat. 

Ramai yang beranggapan bahawa menggosok muka terlalu kuat akan mengeluarkan kotoran dan sebum dengan sebersih-bersihnya di dalam liang roma.

Tetapi and silap! Dengan cara menggosok muka terlalu kuat in bukan sahaja mencederakan kulit muka tetapi juga akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan. Jangan memicit dan mengaru jerawat semasa mencuci muka kerana akan menyebabkan keadaan bertambah teruk.


#3. Scrub Muka Dengan Kerap 

Elak mengunakan scrub muka terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit sensitif, kulit akan menipis dan akan menjadi gatal.  
Elak gunakan scrub yang berbiji dan kasar , gunakan scrub yang mempunyai tekstur lebih halus , buat scrub muka 2kali dalam seminggu sudah cukup. 

Fera gunakan scrub daripada tablet alfalfa ini, bukan ja boleh di makan tapi boleh di buat masker/scrub, tekstur yang sangat halus membuatkan kulit muka lebih halus dan tidak mencederakan muka. 


#4. Picit Jerawat Guna Kuku Dan Alat Yang Tidak Bersih. 

Memicit Jerawat dengan Kuku boleh menyebabkan kuman pada Kuku terpindah pada Jerawat dan juga kuman pada Jerawat lain yang telah di picit. Lebih banyak lah Jerawat jika anda berterusan memicit Jerawat. 

Selepas Jerawat di picit ia akan memberi kesan parut atau kemerahan pada kulit kalau tidak di lakukan dengan cara yang betul.  Adalah lebih baik Jerawat itu di biarkan kecut dengan sendiri . Pengambilan Vitamin C in dapat mengecutkan Jerawat secara semulajadi. Fera pilih Vitamin C semulajadi ini.


#5. Syampu Rambut Terkena Pada Muka

Elak buih syampu rambut Terkena pada muka anda kerana syampu rambut mengandungi bahan pelembab rambut yang boleh menyebabkan Jerawat jika bahan pelembab tersebut meresap ke dalam kulit. 


#6. Tuala Badan Sebagai Tuala Muka

Kesilapan ini banyak Orang selalu lupa. 
Janganlah guna tuala badan untuk lap muka anda, jika ada kotoran pada tuala badan in boleh menyebabkan muka anda tumbuh Jerawat. 

Khaskan tuala untuk lap muka anda sebab tuala badan lebih banyak kotoran , Kita kerap guna tuala badan berbanding tuala muka, cuci tuala muka setiap minggu agar kebersihan lebih terjaga

Di harap Kesilapan ini Kita dapat ubah supaya muka lebih sihat dan bebas jerawat. 

Sekian. Semoga bermanfaat. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Surat Pembatalan Polisi Insurans SunLife Dengan Mudah

Hari ni saya mau bagitau kat korang. Kalau mau ambil insuran tu hati-hati. Kena berfikir banyak kali dan jangan fikir setakat 2 3 kali tau nanti jadi pula kes macam saya ni. Nasi dah jadi bubur huhu. Nasib dah batalkan insuran ni. Ok sini saya mau share dengan korang macam mana cara saya buat pembatalan insuran yang saya ambil dari SunLife Malaysia Berhad dengan cara paling mudah dan pantas. Jenis pelan yang saya ambil ialah SunSave Assured. Macam mana nak batalkan? Caranya senang je, kena buat surat dan dalam surat tu mestilah ada nama, nombor kad pengenalan, nombor polisi ataupun sijil dan sebab buat pembatalan. Contoh surat untuk batalkan insuran Selepas tu printout surat kita tadi dan sign kat bawah surat , scan surat tu dan emalkan ke wecare@sunlifemalaysia.com Sms di terima selepas hantar email Dalam 3 hari masa bekerja korang akan dapat sms dari pihak Sunlife yang bagitau permohonan pembatalan tersebut sudah di luluskan. Boleh lah tarik nafas lega!...

Kesan Sampingan Yang Anda Akan Dapat Bila Makan GLA Complex Shaklee!

Hai semua, sihat? Terima kasih saya ucapkan hari ini sebab sudi membaca entri saya pada kali ini.  Kali ni saya nak bincangkan apa kesan sampingan yang anda akan dapat bila memakan produk terkenal iaitu GLA Complex daripada Shaklee.  Ada kakak ni ambil GLA Complex untuk stabilkan hormonnya sebab period dia tak datang tiap bulan dan habis sebulan dia makan GLA Complex tersebut kakak ini dapati kesan yang dia inginkan seperti dalam setiap testimoni pengguna GLA tersebut tidak berkesan dengannya. Dah konsistent sebulan tapi period tak datang juga dan kesan di sebalik ni rupanya kakak ni dah mengandung beberapa minggu.  Kesan sampingan ini lah yang akak ni dapat, setiap badan kita ini semuanya berbeza tau, cepat atau lambat kita akan dapat juga kesan itu dengan usaha dan kesabaran yang kita jaga. Tak semestinya apa yang kita nak di kabulkan malah di beri berita yang paling gembira yang tak di sangka-sangka. Kalau anda tercari-cari suplemen untuk stabilkan hormon dan j...

Selaput Mata, Katarak Atau Pterygium?

Penyakit Selaput Mata ini adalah sejenis penyakit yang boleh berlaku kepada golongan tua ataupun muda dan ia boleh di hidapi oleh semua orang. Ramai yang menyalahanggap bahawa selaput mata ini adalah katarak dan masih ramai yang keliru perbezaan selaput mata dan juga katarak. Mungkin perkataan "selaput mata" agak membinggungkan kerana katarak juga di panggil sebagai selaput mata, nama mereka mungkin sama tetapi keadaan mereka jauh bezanya. Anda mempunyai selaput mata atau katarak? mari kita baca perbezaannya. “Pterygium” adalah selaput yang berada di hadapan mata. Kebiasaannya tumbuh dari tepi di bahagian konjunktiva dan tumbuh perlahan-lahan ke bahagian tengah mata iaitu kornea. “Pterygium” memang senang kelihatan kerana beradaa di bahagian paling luar mata. Ia merupakan sejenis ketumbuhan abnormal namun bukan kanser dan jika tidak di rawat ia akan tumbuh menutupi seluruh mata. Pterygium adalah "lapisan fibrovascular" iaitu gabungan salur darah da...