Skip to main content

Kebaikkan Minum Air Putih Untuk Kecantikan

Setiap hari kita minum air putih tapi adakah sekadar cukup untuk menghilangkan dahaga? Sebenarnya memang banyak sekali kebaikkan meminum air putih ini tapi ramai yang tidak tahu malah meminum air putih secukupnya dapat mencantikkan kulit dan memelihara kesihatan.


Adalah penting untuk kita untuk minum air setiap hari sebab tubuh kita sudah kehilangan air melalui peluh dan pembuangan air kecil. Jika tubuh kita tidak mendapat air yang secukupnya maka dehidrasi akan berlaku.

Kebaikkan Minum Air Putih Untuk Kecantikan dan Kesihatan

1. Menjaga kelembapan kulit
Pengambilan air yang cukup dapat menjaga kelembapan kulit dan memberikan nutrisi kepada sel-sel kulit dan meningkatkan elastisiti. Selain itu meminum air yang cukup juga dapat melambatkan kemunculan tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan. Minum air adalah sangat penting selain menjaga kulit dari luaran.

2. Awet Muda
Daripada mendapat rawatan anti penuaan yang mahal lagi bagus anda minum air putih dengan cukup sebab jika badan kekal terhidrasi dengan baik kulit akan semakin sihat dan lebih anjal.

3. Mengatasi masalah jerawat
Bila kita cukup minum air setiap hari , kulit akan memproses pengeluaran peluh dengan banyak. Peluh yang keluar dari liang pori ini membantu mengeluarkan kotoran pada pori-pori wajah dan seterusnya kulit wajah akan menjadi lebih bersih dan bebas jerawat.

4. Mengatasi masalah kulit
Minum air yang secukupnya juga dapat mengatasi maslah kulit seperti psoriasis, kedutan, excema, dan garisan halus. Ia juga dapat meningkatkan metabolisme dan melancarkan sistem pencernaan untuk membuang toksin di dalam badan.

5.  Kulit nampak lebih segar
Selain membantu untuk memantapkan keanjalan kulit, mengambil air yang cukup setiap hari akan mengekalkan kelembapan kulit wajah dan lebih nampak segar.

Berapa gelas sehari anda minum air? kalau mau mendapat kulit yang sihat dan cantik , mulalah minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari mulai sekarang!

Jika anda seorang yang mementingkan penjagaan kulit dan kecantikan wajah dan sedang mengambil vitamin/suplement untuk kecantikan seperti vitamin c dan vitamin e anda seharusnya minum air dengan lebih banyak.

Baca juga : 
" Tips Awet Muda Paling Selamat dan Berkesan"
"Makanan Untuk Kulit Cantik Dan Sihat Berseri"
"Tips Jerawat Cepat Kecut Dengan Skincare 100% Vegan"

 








Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Surat Pembatalan Polisi Insurans SunLife Dengan Mudah

Hari ni saya mau bagitau kat korang. Kalau mau ambil insuran tu hati-hati. Kena berfikir banyak kali dan jangan fikir setakat 2 3 kali tau nanti jadi pula kes macam saya ni. Nasi dah jadi bubur huhu. Nasib dah batalkan insuran ni. Ok sini saya mau share dengan korang macam mana cara saya buat pembatalan insuran yang saya ambil dari SunLife Malaysia Berhad dengan cara paling mudah dan pantas. Jenis pelan yang saya ambil ialah SunSave Assured. Macam mana nak batalkan? Caranya senang je, kena buat surat dan dalam surat tu mestilah ada nama, nombor kad pengenalan, nombor polisi ataupun sijil dan sebab buat pembatalan. Contoh surat untuk batalkan insuran Selepas tu printout surat kita tadi dan sign kat bawah surat , scan surat tu dan emalkan ke wecare@sunlifemalaysia.com Sms di terima selepas hantar email Dalam 3 hari masa bekerja korang akan dapat sms dari pihak Sunlife yang bagitau permohonan pembatalan tersebut sudah di luluskan. Boleh lah tarik nafas lega!...

Kesan Sampingan Yang Anda Akan Dapat Bila Makan GLA Complex Shaklee!

Hai semua, sihat? Terima kasih saya ucapkan hari ini sebab sudi membaca entri saya pada kali ini.  Kali ni saya nak bincangkan apa kesan sampingan yang anda akan dapat bila memakan produk terkenal iaitu GLA Complex daripada Shaklee.  Ada kakak ni ambil GLA Complex untuk stabilkan hormonnya sebab period dia tak datang tiap bulan dan habis sebulan dia makan GLA Complex tersebut kakak ini dapati kesan yang dia inginkan seperti dalam setiap testimoni pengguna GLA tersebut tidak berkesan dengannya. Dah konsistent sebulan tapi period tak datang juga dan kesan di sebalik ni rupanya kakak ni dah mengandung beberapa minggu.  Kesan sampingan ini lah yang akak ni dapat, setiap badan kita ini semuanya berbeza tau, cepat atau lambat kita akan dapat juga kesan itu dengan usaha dan kesabaran yang kita jaga. Tak semestinya apa yang kita nak di kabulkan malah di beri berita yang paling gembira yang tak di sangka-sangka. Kalau anda tercari-cari suplemen untuk stabilkan hormon dan j...

Selaput Mata, Katarak Atau Pterygium?

Penyakit Selaput Mata ini adalah sejenis penyakit yang boleh berlaku kepada golongan tua ataupun muda dan ia boleh di hidapi oleh semua orang. Ramai yang menyalahanggap bahawa selaput mata ini adalah katarak dan masih ramai yang keliru perbezaan selaput mata dan juga katarak. Mungkin perkataan "selaput mata" agak membinggungkan kerana katarak juga di panggil sebagai selaput mata, nama mereka mungkin sama tetapi keadaan mereka jauh bezanya. Anda mempunyai selaput mata atau katarak? mari kita baca perbezaannya. “Pterygium” adalah selaput yang berada di hadapan mata. Kebiasaannya tumbuh dari tepi di bahagian konjunktiva dan tumbuh perlahan-lahan ke bahagian tengah mata iaitu kornea. “Pterygium” memang senang kelihatan kerana beradaa di bahagian paling luar mata. Ia merupakan sejenis ketumbuhan abnormal namun bukan kanser dan jika tidak di rawat ia akan tumbuh menutupi seluruh mata. Pterygium adalah "lapisan fibrovascular" iaitu gabungan salur darah da...