Skip to main content

TIPS DIET MUDAH TANPA UBAT


Tips#1 : Jangan Skip Sarapan pagi
Menurut kajian, siapa yang kerap skip sarapan lebih cenderung untuk naik berat badan berbanding mereka yang selalu sarapan pagi.

Sarapan pagi mampu stabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

**jangan lah skip sarapan pagi yaa


Tips#2 : Minum Air Kosong Sekurang-Kurangnya 1.5-3 Liter sehari
Air mampu mengurangkan selera makan dan membantu badan memetabolisma kan simpanan lemak di dalam tubuh.
**Minum lah air sebelum makan baru perut cepat ja kenyang

Tips#3 : Kunyah Makanan Dalam Potongan Kecil
Dengan mengunyah makanan dalam kuantiti kecil ia dapat memudahkan makanan itu senang untuk dicernah.

Tips#4 : Jangan Tahan Lapar
MakananMakanan bagi kita tenaga dan bila kita guna tenaga kurang daripada yang kita ambil , badan kita akan terkejut. Maka, badan akan mula membakar otot untuk mengantikan makanan. Ini boleh menyebabkan metabolisma kita rendah. Bila kita tidak tahan lapar, kita lebih mudah untuk cenderung makan lebih banyak.

Tips#5 : Makan Dengan Kerap
Makanlah dengan kerap dengan kuantiti sedikit supaya anda tidak terlalu merasa lapar sehingga makan dalam kuantiti yang banyak.

Tips#6 : Cara Masak
Cara memasak paling baik dan sihat adalah dengan merebus makanan, memanggang atau mengukus. Elak gunakan minyak atau lemak haiwan.

Tips#7 : Minum/Makan Sesuatu Yang Pahit Dahulu Sebelum Makan
Minum kopi sebelum makan. Cara ini akan menyebabkan tekak merasa pahit dan ia akan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.Kekurangan enzim dan asid HCL dalam perut boleh menyebabkan penghadaman tidak sempurna.

Tips#8 : Jangan Minum Minuman Bergas
Minuman bergas mengandungi kuantiti gula yang sangat banyak sehingga 7-8 sudu gula dalam setiap hidangan dan gula sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Bila kita kerap minum manis, keinginan untuk makan makanan manis juga meningkat.

Tips#9 : Kurangkan Garam 
Kurangkan pengambilan garam dalam makanan sebab pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan penangkungan air. Kemungkian berat anda susah turun di sebabkan badan anda menangkung air dengan banyak.

Tips#10 : Ambil Sayuran Dan Buah-Buahan 
Pengambilan Sayuran dan Buah adalah sumber terbaik untuk mendapatkan sumber vitamin,mineral,serat dan kandungan rendah lemak. 


Itu sahaja tips yang Fera ingin kongsikan. 

Baca juga : "Gagal Turunkan Betat Badan? Jom Cuba Cara Saya"



Jumpa di entri seterusnya 😉
#Ferabagitipskurus 


Comments

Post a Comment