Skip to main content

TIPS AWET MUDA PALING SELAMAT DAN BERKESAN



Setiap dari kita tidak terkecuali untuk dapatkan kulit yang sihat dan nampak muda dari usia. Tidak kira lelaki mahupun perempaun. Seiringan dengan usia muka kita akan nampak lebih matang dan perubahan pada kulit pun agak ketara perbezaannya daripada di usia muda kita. 

Ramai yang berbelanja lebih semata-mata inginkan kulit muka mereka kembali muda dan rawatan tersebut bukan untuk sekali sahaja dan memerlukan rawatan susulan untuk kekalkan kecantikan mereka. 

Kemungkinan juga ada kesan sampingan daripada rawatan yang di terima dan Semestinya kos rawatan tersebut agak mahal. 

Di sini Fera ingin share dengan kamu semua tips-tips Awet Muda yang paling selamat, berkesan dan menjimatkan. 


1. Mencuci Muka.
Basuh muka 2 kali sehari supaya dapat buka kulit mati dan minyak di muka. Mencuci muka sememangnya benda yang paling senang untuk kita buat dalam penjagaan muka supaya kulit muka tidak kusam dan kelihatan segar. 

2. Guna Pelembab kulit. 
Produk pelembab yang sesuai dengan kulit wajah mampu membantu menjaga kulit agar kekal sihat dan menghilangkan sel kulit mati. Gunakan pelembab yang tidak menyebabkan kulit kering. 

3. Lindungi Kulit Dari Sinar Matahari.
Kulit muka yang selalu terdedah dengan sinar matahari akan menyebabkan kerosakan pada kulit. Lindungi kulit anda dengan memakai Sunblock untuk mencegah radiasi langsung pada kulit.  Cara lain untuk lindungi kulit dari matahari ialah dengan membawa payung atau topi.

4. Guna Produk Kecantikan Yang Sesuai 
Kebanyakan kita memilih produk kecantikan hanya sebab produk itu famous dan semua orang guna. Tapi kita salah sebab bukan semua orang ada kulit yang sama, setiap dari kita mempunyai kulit yang berbeza dan reaksi terhadap produk juga berbeza. Fera cadangkan kamu untuk memilih produk yang sesuai untuk jenis kulit kamu. Jika tersalah pilih produk, ia boleh menyebabkan alergi pada kulit serta jerawat semakin banyak. 

Produk kecantikan yang  Fera amalkan sekarang ialah "YOUTH Skincare" ianya bebas bahan kimia berbahaya. boleh baca di SINI

5. Minum Air Secukupnya. 
Minum lah Air sekurang-kurangmya 3liter sehari. Cuba kamu minum air selama 1minggu setiap hari dengan 2-3liter sehari dan kamu boleh nampak perubahan yang ketara pada wajah. Minum air yang secukupnya membantu agar kulit muka kita sentiasa lembab dan tidak kusam. 

6. Buat Masker muka.

Masker pada muka sangat penting untuk memelihara kesihatan kulit muka. Masker mampu membantu membuang sel kulit mati pada kulit muka dan mampu mengecutkan jerawat. Anda boleh menggunakan jenis masker yang semulajadi seperti masker air beras, yogurt & teh.

7. Elakkan diri dalam keadaan tertekan(Stress)
Banyak orang cakap jangan stress nanti cepat tua. Ternyata ianya benar . Kenapa? sebab apabila badan anda stress ia akan membuatkan badan anda menjadi lemah dan kulit juga turut kusam. Semua kita tidak lari dari mengalami stress tapi mesti ada cari kan untuk hiburkan hati supaya tidak tertalu stress? pergi la buat aktiviti kegemaran anda supaya badan lebih releks dan santai.

8. Makan makanan yang ada sumber kolagen
Rumpai laut antara makanan yang mempunyai tinggi kolagen. Orang korea dan jepun terutamanya sering makan rumpai laut dalam menu mereka. Adakah dia sebab itu dorang sentiasa nampak muda? Kalau kamu peminat korea mesti kamu tau kulit orang korea macam mana kan 😊

Rumpai laut mengandungi sumber nutrisi yang sangat penting seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan ergostrol. Semua sumber nutrisi ini sangat penting untuk menjaga kulit daripada radikal bebas.

Kamu suka makan Rumpai Laut? Tahniah. Awet mudalah selalu.

Tapi Fera tidak berapa makan rumpai laut , jadi Fera ambil kolagen dari pada serbuk ja , senang di minum senang di hadam, senang di simpan dan cepat berkesan.

Mau tahu apa kolagen Fera ambil?
Boleh baca di entri ini "Kebaikan Collagen Powder" 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Buat Surat Pembatalan Polisi Insurans SunLife Dengan Mudah

Hari ni saya mau bagitau kat korang. Kalau mau ambil insuran tu hati-hati. Kena berfikir banyak kali dan jangan fikir setakat 2 3 kali tau nanti jadi pula kes macam saya ni. Nasi dah jadi bubur huhu. Nasib dah batalkan insuran ni. Ok sini saya mau share dengan korang macam mana cara saya buat pembatalan insuran yang saya ambil dari SunLife Malaysia Berhad dengan cara paling mudah dan pantas. Jenis pelan yang saya ambil ialah SunSave Assured. Macam mana nak batalkan? Caranya senang je, kena buat surat dan dalam surat tu mestilah ada nama, nombor kad pengenalan, nombor polisi ataupun sijil dan sebab buat pembatalan. Contoh surat untuk batalkan insuran Selepas tu printout surat kita tadi dan sign kat bawah surat , scan surat tu dan emalkan ke wecare@sunlifemalaysia.com Sms di terima selepas hantar email Dalam 3 hari masa bekerja korang akan dapat sms dari pihak Sunlife yang bagitau permohonan pembatalan tersebut sudah di luluskan. Boleh lah tarik nafas lega!...

Kesan Sampingan Yang Anda Akan Dapat Bila Makan GLA Complex Shaklee!

Hai semua, sihat? Terima kasih saya ucapkan hari ini sebab sudi membaca entri saya pada kali ini.  Kali ni saya nak bincangkan apa kesan sampingan yang anda akan dapat bila memakan produk terkenal iaitu GLA Complex daripada Shaklee.  Ada kakak ni ambil GLA Complex untuk stabilkan hormonnya sebab period dia tak datang tiap bulan dan habis sebulan dia makan GLA Complex tersebut kakak ini dapati kesan yang dia inginkan seperti dalam setiap testimoni pengguna GLA tersebut tidak berkesan dengannya. Dah konsistent sebulan tapi period tak datang juga dan kesan di sebalik ni rupanya kakak ni dah mengandung beberapa minggu.  Kesan sampingan ini lah yang akak ni dapat, setiap badan kita ini semuanya berbeza tau, cepat atau lambat kita akan dapat juga kesan itu dengan usaha dan kesabaran yang kita jaga. Tak semestinya apa yang kita nak di kabulkan malah di beri berita yang paling gembira yang tak di sangka-sangka. Kalau anda tercari-cari suplemen untuk stabilkan hormon dan j...

SKINCARE 100% VEGAN SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

"Risaunya nak beli produk penjagaan kulit ni takut tak sesuai pula" Ini lah antara ayat-ayat yang sering kali Fera dengar di kalangan kawan-kawan Fera, Mereka sampai takut mau beli skincare yang sesuai dengan jenis kulit mereka, siapa juga tidak takut kan kalau tiba-tiba pakai produk tu kulit muka kita mula mengelupas! mesti trauma dan mula berhati-hati beli produk yang sesuai.  Dengan Set Penjagaan Kulit YOUTH  ini anda tidak perlu risau sebab YOUTH sesuai di gunakan oleh semua jenis kulit, lelaki dan perempuan pun boleh pakai.  Jenis kulit muka Fera ni jenis combination , berminyak dan juga kering di sesetengah bahagian muka. Bila Fera pakai Full Set YOUTH ni Fera nampak kesan dalam seminggu. Jerawat yang baru tumbuh cepat ja kecut! hebatkan kesan YOUTH ni.  Seperti yang Fera ceritakan di dalam entri  INI  sebelum ni, Shaklee mengambil masa sehingga 8 tahun untuk menghasilkan YOUTH dan masa yang sama menggunakan 8 formulasi yang telah d...