Skip to main content

MAKANAN UNTUK KULIT CANTIK DAN SIHAT BERSERI


Mesti ramai di antara kita masih struggle untuk dapatkan kulit muka yang cantik,sihat dan berseri kan? Fera juga begitu hihi. Dari produk ke suatu produk kita habis kan sampai beribu ringgi masih juga tiada kesan?

Apa kata kita ubah cara pemakanan kita?


Selama ni kita asyik peduli pasal penjagaan luaran ja kan. . penjagaan dalaman pula apa khabar?Haha.. 


Di sini lah kesilapan kita, asyik luaran ja di jaga, dalaman kena pandang tepi pulak doh. 


Padahal penjagaan dalaman tu sangat penting dan seterusnya luaran kita juga semakin sihat. 


Jom kita baca apa makanan untuk kulit cantik,sihat dan berseri. 






Anda suka makan epal? Anda buang kulitnya atau makan sekali? haa! Tahukah kamu, kulit epal mengandungi antioksidant yang tinggi? 


Ia dapat melindungi dari sinaran matahari sebab sinaran uv yang berlebihan akan merosakkan kulit. Epal sangat bagus untuk kulit dan seluruh badan. 

Kata mereka " An apple a day make the doctor away!"





Tomato cerry ialah kegemaran saya! Anda pula macam mana? Menurut kajian yang di kaji terhadap wanita yang makan tomato secara rutin telah berjaya melindungi kulit mereka dari sinaran uv. Tomato juga berupaya meningkatkan paras kolagen.

Mau muka cantik tu kena makan tomato lah hari hari yee... hehe 




Daun Salad menjadi pilihan makanan untuk mereka yang berdiet. 
Tapi Tahukah anda daun Salad ini juga mampu meremajakan kulit kita? 
Daun Salad ini kaya dengan Vitamin A. Vitamin A ini bertindak meremajakan kulit dan memperbaharuhi sel-sel yang rosak. 

Vitamin A yang mencukupi juga di perlukan untuk memperbaiki aliran darah. Bila aliran darah lancar, semestinya kulit pun akan nampak lebih berseri dan cantik. 





Strawberry kaya dengan Vitamin C. Masam manis buah Stawberry ini mempunyai banyak khasiat untuk kulit . 

Vitamin C sememangnya suatu keperluan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Buah Oren juga kaya dengan Vitamin C. 

Anda mau cantik dan gebu? kena makan Strawberry atau Oren lah hari hari ni. Tapi kamu larat ka makan hari hari buah ? 

Kalau saya tidak larat makan buah hari-hari, tapi saya masih memenuhi keperluan Vitamin C saya dengan Vitamin C dari Shaklee 

Boleh baca "Keunikan Vitamin C Shaklee" 






Kajian menunjukkan,
Mengamalkan Soya secara konsistent membuktikan kedutan halus makin berkurang dan ketegangan kulit semakin bertambah.

Protein adalah makanan sel. Ia merupakan sumber terbaik tanpa kolestrol. 
Soya mengandungi isoflavanon yang baik untuk kulit dan ESP adalah Pilihan terbaik!! Soya NON GMO, tanpa pewarna dan pengawet. 


Selain dari makanan, pengambilan vitamin dan suplemen juga perlu jika anda ingin mendapatkan kulit yang cantik, sihat dan berseri. 


Sekian info dari fera.

Jumpa di entri seterusnya 😊






















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Buat Surat Pembatalan Polisi Insurans SunLife Dengan Mudah

Hari ni saya mau bagitau kat korang. Kalau mau ambil insuran tu hati-hati. Kena berfikir banyak kali dan jangan fikir setakat 2 3 kali tau nanti jadi pula kes macam saya ni. Nasi dah jadi bubur huhu. Nasib dah batalkan insuran ni. Ok sini saya mau share dengan korang macam mana cara saya buat pembatalan insuran yang saya ambil dari SunLife Malaysia Berhad dengan cara paling mudah dan pantas. Jenis pelan yang saya ambil ialah SunSave Assured. Macam mana nak batalkan? Caranya senang je, kena buat surat dan dalam surat tu mestilah ada nama, nombor kad pengenalan, nombor polisi ataupun sijil dan sebab buat pembatalan. Contoh surat untuk batalkan insuran Selepas tu printout surat kita tadi dan sign kat bawah surat , scan surat tu dan emalkan ke wecare@sunlifemalaysia.com Sms di terima selepas hantar email Dalam 3 hari masa bekerja korang akan dapat sms dari pihak Sunlife yang bagitau permohonan pembatalan tersebut sudah di luluskan. Boleh lah tarik nafas lega!...

Kesan Sampingan Yang Anda Akan Dapat Bila Makan GLA Complex Shaklee!

Hai semua, sihat? Terima kasih saya ucapkan hari ini sebab sudi membaca entri saya pada kali ini.  Kali ni saya nak bincangkan apa kesan sampingan yang anda akan dapat bila memakan produk terkenal iaitu GLA Complex daripada Shaklee.  Ada kakak ni ambil GLA Complex untuk stabilkan hormonnya sebab period dia tak datang tiap bulan dan habis sebulan dia makan GLA Complex tersebut kakak ini dapati kesan yang dia inginkan seperti dalam setiap testimoni pengguna GLA tersebut tidak berkesan dengannya. Dah konsistent sebulan tapi period tak datang juga dan kesan di sebalik ni rupanya kakak ni dah mengandung beberapa minggu.  Kesan sampingan ini lah yang akak ni dapat, setiap badan kita ini semuanya berbeza tau, cepat atau lambat kita akan dapat juga kesan itu dengan usaha dan kesabaran yang kita jaga. Tak semestinya apa yang kita nak di kabulkan malah di beri berita yang paling gembira yang tak di sangka-sangka. Kalau anda tercari-cari suplemen untuk stabilkan hormon dan j...

SKINCARE 100% VEGAN SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

"Risaunya nak beli produk penjagaan kulit ni takut tak sesuai pula" Ini lah antara ayat-ayat yang sering kali Fera dengar di kalangan kawan-kawan Fera, Mereka sampai takut mau beli skincare yang sesuai dengan jenis kulit mereka, siapa juga tidak takut kan kalau tiba-tiba pakai produk tu kulit muka kita mula mengelupas! mesti trauma dan mula berhati-hati beli produk yang sesuai.  Dengan Set Penjagaan Kulit YOUTH  ini anda tidak perlu risau sebab YOUTH sesuai di gunakan oleh semua jenis kulit, lelaki dan perempuan pun boleh pakai.  Jenis kulit muka Fera ni jenis combination , berminyak dan juga kering di sesetengah bahagian muka. Bila Fera pakai Full Set YOUTH ni Fera nampak kesan dalam seminggu. Jerawat yang baru tumbuh cepat ja kecut! hebatkan kesan YOUTH ni.  Seperti yang Fera ceritakan di dalam entri  INI  sebelum ni, Shaklee mengambil masa sehingga 8 tahun untuk menghasilkan YOUTH dan masa yang sama menggunakan 8 formulasi yang telah d...