Mesti ada yang selama ni masih tertanya-tanya apa jenis kulit muka kan? Samaada jenis yang Normal, Sensitif, berminyak? kering? atau kombinasi? Entri kali ini Fera ingin kongsikan dengan anda semua untuk kenali jenis muka anda.
Macam-macam produk skincare yang ada di pasaran dan banyak yang menjanjikan untuk putih segera, kurangkan kulit berminyak dengan cepat, kulit muka jadi macam kulit muka orang korea dan sebagainya.
Tapi. .
Adakah Skinacre tersebut sangat berkesan dengan jenis kulit muka kita?? Selamat kah untuk jangka masa panjang?
Mengimpikan kulit sehalus sutera dan bebas jerawat sememangnya impian semua wanita.
Perkara yang seharusnya kita sedar ialah, jenis kulit kita setiap orang adalah sangat berbeza dan penerimaan terhadap Skincare yang kita guna juga berbeza. Ada yang sesuai di gunakan dengan sesetengah orang dan ada yang sensitif pada yang lain.
Tidak pasal-pasal muka tiada jerawat tiba-tiba timbul hanya kerana produk tu "viral"
Ada kawan saya pernah cuba brand X yang terhangat di pasaran dulu. Bila banyak feedback postif si kawan pun cuba lah. Beberapa hari kemudian dia datang dengan saya dengan muka yang kemerahan. haa! sudah bagi nasihat tidak mau dengar kan. Fera pun pening mau pujuk. haha.
Kenali Jenis Kulit Muka.
Sebelum kita kenal pasti jenis kulit muka kita, pastikan kita rehatkan dulu muka kita dari memakai apa-apa jenis produk.
Untuk pengetahuan anda, kulit kita sentiasa melalui proses ganti setiap 4-6 minggu. Sebelum menukar sesuatu produk sebaik-baiknya rehatkan dahulu kulit muka dalam seminggu dua untuk dapatkan kesan yang terbaik
THE BARE FACE METHOD
Seorang Dermatologist mengatakan untuk mengetahui jenis kulit muka kita, basuhlah muka dengan air tanpa menggunakan apa-apa jenis produk penjagaan kulit muma dalam sehari dan kemudian perhatikan dan sentuh kulit muka waktu tengahari.
THE BOLLTING SHEET METHOD
Gunakan kertas minyak dan tekapkan secara lembut pada muka anda di bahagian yang berbeza. Lelas tu lihat berapa banyak kuantiti minyak pada kertas tersebut. Ini bukan kertas minyak untuk makanan ya, ini khas kertas minyak untuk muka. Manalah tau kan ada yang tidak tau hehe. Boleh dapatkan di farmasi atau watson dan guardian.
Jenis-Jenis Kulit Wajah Anda.
1. Jenis Kulit Normal.
- Kulit jenis normal ini kelihatan halus dan bersih seakan kulit bayi. Tidak perlu penjagaan yang rapi sebab kulit jenis tidak banyak masalah.
Cara untuk kenalpasti ialah lapkan tisu pada muka anda di waktu lagi, jika tiada minyak yang melekat pada tisu bermaksud kulit anda di kategorikan sebagai kulit Normal. Bertuahnya anda!
2. Jenis Kulit Berminyak
- Kulit jenis ini akan kelihatan tebal dan pori-pori terbuka. Masalah yang kerap timbul ialah berjerawat akibat liang pori ysng tersumbat.
- Faktor hormon dan juga pemakanan juga mempengaruhi muka berminyak. Kebaikan mempunyai kulit seperti ini adalah melambatkan proses penuaan.
3. Jenis Kulit Kering
- Biasanya kulit seperti ini kurang kurang berminyak atau lembab atau kedua-duanya sekali.
- Keadaan ini di sebabkan oleh kelenjar minyak kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin.
Masalah yang sering di hadapi oleh jenis kulit kering adalah
a) Bintik-bintik hitam
b) Whiteseed
c) Kedut atau gariasan halus.
d) Whitehead
e) Jeragat (Pigmentasi)
4. Kulit Kombinasi
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri.
Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan, keadaan persekitaran dan hormon.
Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

5. Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factor luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut.
Masalah kulit sensitif, ciri-ciri kulit sensitif, punca kulit sensitif, set penjagaan kulit sensitif, produk terbaik untuk masalah kulit sensitif.
Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi apabila:-
Guna produk muka jenama baru
Makan sesuatu jenis makanan
Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
Masa mandi dan minum air berklorin
Terkena sabun cuci baju
Berada di tempat atau bangunan tertentu
Sedang stress
Simptom Semasa Kulit Sensitif
Kulit menjadi merah
Kulit menjadi pedih
Kulit mengelupas
Kulit rasa terbakar
Tompok-tompok hitam
Naik ruam /jerawat
Semua diatas.

Info yang sgt berguna dan menarik..
ReplyDeleteTq info nya ..mesti mau jaga kulit betul2 😂
ReplyDeleteBoleh apply sda ni 😍
ReplyDeletegood info 😘
ReplyDeleteNice info
ReplyDeleteTq info 😍
ReplyDeleteNice info
ReplyDeleteTq info menarik
ReplyDelete