Kulit akan terkesan bila kita berada di dalam cuaca sejuk dan kering, kulit akan mula menjadi tidak bermaya, kusam, kering dan ada kering sampai luka.
Fera kalau balik kampung di Ranau,
dan Tambunan, Sabah mesti mestiiiiii Fera wajib amalkan Tips ini supaya kulit Fera terutama muka tidak kering sebab jerawat mudah timbul kalau kering. Masalah lagi kan.
Ok jom kita lihat 5 Tips Penjagaan Kulit Dalam Cuaca Sejuk dan Kering!
1. Pakai pelembap
Jangan lupa memakai pelembap lebih daripada kebiasaannya. Cuaca sejuk akan cepat mengeringkan lembapan pada kulit. Jadi, carilah lembapan yang membantu memberikan hidrasi yang mencukupi untuk kulit.
2. Tabir suria
Walaupun cuaca sejuk dan tidak terik, jangan sesekali tinggalkan tabir suria. Cuba amalkan broad-spectrum sunscreen sekitar wajah dan tangan 30 minit sebelum keluar rumah.
3. Lindungi mata
Bahagian mata adalah antara bahagian kulit yang paling terkesan jika dehidrasi. Rehatkan mata dengan tekapkan uncang teh basah atau timun selama yang boleh. Sapukan juga krim mata selepas itu.
4. Lindungi tangan
Tangan adalah anggota badan yang mempunyai kulit paling nipis dan paling kurang kelenjar minyak berbanding bahagian badan yang lain. Agak sukar untuk mengekalkan kelembapan tangan ketika cuaca sejuk dan kering. Selain daripada memakai losyen, pakailah sarung tangan kapas bagi melindunginya.
5. Minum banyak air putih
Jalan terbaik untuk menggantikan lembapan di dalam dan luar badan.
Comments
Post a Comment