Skip to main content

7 Tips Dapatkan Kulit Berseri Di Pagi Raya!




Tidak lama lagi raya akan menjelang kan, mesti semua sudah excited jumpa saudara-mara dan kawan-kawan di kampung halaman. Masing-masing tunjuk baju raya tapi bab muka nampak tidak berapa confident pulak. Haih. . runsing kepala macam mana nak selesaikan masalah kulit muka. Hari ni Fera nak bagi anda beberapa tips untuk dapatkan kulit berseri di pagi raya! 



1. Cuci Muka Sampai Bersih
ā–Ŗļø Cuci lah muka 2 kali sehari, jika anda kerap memakai makeup bila keluar rumah anda sangat di wajib kan untuk mencuci sebagai langkah pertama penjagaan kulit. Jangan terlalu kerap mencuci muka sebab ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan kelembapan semulajadi akan hilang. 



2. Gunakan Pelembab Muka
ā–Ŗļø Selepas mencuci muka, guna lah pelembab muka pada seluruh wajah dan juga bahagian leher. Pada sebelah pagi , guna la pelembab yang ada SPF iaitu pelindung dari sinaran UV. 



3. Scrub Muka
ā–Ŗļø Scrub muka ini dapat membuang sel kulit mati pada kulit muka anda. Dengan cara ini ia dapat mengecutkan jerawat dan mengurangkan minyak pada kulit muka. 



4. Guna Toner Bebas Alkohol
ā–Ŗļø  Selepas mencuci muka, guna kan toner sebaik-baiknya yang bebas alkohol sebab ia merawat kulit dengan lembut, mengurangkan minyak pada kulit muka, tidak mengeringkan kulit dan mampu kecilkan liang pori. 



5. Bersihkan Muka Sebelum Tidur. 
ā–Ŗļø Anda jenis yang suka ber-makeup? Jangan lupa bersihkan makeup di muka dahulu sebelum masuk tidur sebab makeup juga boleh menyebabkan liang pori tersumbat yabg boleh membawa kepada masalah kulit iaitu jerawat. Sebaiknya guna lah makeup remover sebab ia dapat membantu membuka sisa makeup di muka dengan sepenuhnya. 



6. Jangan Kerap Sentuh Muka! 
ā–Ŗļø Asyik-asyik nak sentuh muka, gatal sangat tangan nak picit jerawat di muka. Kalau anda kerap sentuh muka ia boleh menyebabkan bakteria senang merebak dari tangan anda pada muka. Anda tak tahu pun apa yang anda sentuh sebelum sentuh muka. 



7. Amalkan Vitamin Kulit Cantik
ā–Ŗļø Makan vitamin untuk kulit sangat popular zaman sekarang ni sebab kita tidak boleh bergantung menjaga kulit dari luaran sahaja. Tak tahu apa jenis vitamin untuk kulit cantik? Boleh la baca di " Set Kecantikan Shaklee Yang Paling Terlaris " 

Semoga Tips ini memberi manfaat. 😊

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Surat Pembatalan Polisi Insurans SunLife Dengan Mudah

Hari ni saya mau bagitau kat korang. Kalau mau ambil insuran tu hati-hati. Kena berfikir banyak kali dan jangan fikir setakat 2 3 kali tau nanti jadi pula kes macam saya ni. Nasi dah jadi bubur huhu. Nasib dah batalkan insuran ni. Ok sini saya mau share dengan korang macam mana cara saya buat pembatalan insuran yang saya ambil dari SunLife Malaysia Berhad dengan cara paling mudah dan pantas. Jenis pelan yang saya ambil ialah SunSave Assured. Macam mana nak batalkan? Caranya senang je, kena buat surat dan dalam surat tu mestilah ada nama, nombor kad pengenalan, nombor polisi ataupun sijil dan sebab buat pembatalan. Contoh surat untuk batalkan insuran Selepas tu printout surat kita tadi dan sign kat bawah surat , scan surat tu dan emalkan ke wecare@sunlifemalaysia.com Sms di terima selepas hantar email Dalam 3 hari masa bekerja korang akan dapat sms dari pihak Sunlife yang bagitau permohonan pembatalan tersebut sudah di luluskan. Boleh lah tarik nafas lega!...

Kesan Sampingan Yang Anda Akan Dapat Bila Makan GLA Complex Shaklee!

Hai semua, sihat? Terima kasih saya ucapkan hari ini sebab sudi membaca entri saya pada kali ini.  Kali ni saya nak bincangkan apa kesan sampingan yang anda akan dapat bila memakan produk terkenal iaitu GLA Complex daripada Shaklee.  Ada kakak ni ambil GLA Complex untuk stabilkan hormonnya sebab period dia tak datang tiap bulan dan habis sebulan dia makan GLA Complex tersebut kakak ini dapati kesan yang dia inginkan seperti dalam setiap testimoni pengguna GLA tersebut tidak berkesan dengannya. Dah konsistent sebulan tapi period tak datang juga dan kesan di sebalik ni rupanya kakak ni dah mengandung beberapa minggu.  Kesan sampingan ini lah yang akak ni dapat, setiap badan kita ini semuanya berbeza tau, cepat atau lambat kita akan dapat juga kesan itu dengan usaha dan kesabaran yang kita jaga. Tak semestinya apa yang kita nak di kabulkan malah di beri berita yang paling gembira yang tak di sangka-sangka. Kalau anda tercari-cari suplemen untuk stabilkan hormon dan j...

SKINCARE 100% VEGAN SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

"Risaunya nak beli produk penjagaan kulit ni takut tak sesuai pula" Ini lah antara ayat-ayat yang sering kali Fera dengar di kalangan kawan-kawan Fera, Mereka sampai takut mau beli skincare yang sesuai dengan jenis kulit mereka, siapa juga tidak takut kan kalau tiba-tiba pakai produk tu kulit muka kita mula mengelupas! mesti trauma dan mula berhati-hati beli produk yang sesuai.  Dengan Set Penjagaan Kulit YOUTH  ini anda tidak perlu risau sebab YOUTH sesuai di gunakan oleh semua jenis kulit, lelaki dan perempuan pun boleh pakai.  Jenis kulit muka Fera ni jenis combination , berminyak dan juga kering di sesetengah bahagian muka. Bila Fera pakai Full Set YOUTH ni Fera nampak kesan dalam seminggu. Jerawat yang baru tumbuh cepat ja kecut! hebatkan kesan YOUTH ni.  Seperti yang Fera ceritakan di dalam entri  INI  sebelum ni, Shaklee mengambil masa sehingga 8 tahun untuk menghasilkan YOUTH dan masa yang sama menggunakan 8 formulasi yang telah d...