Fungsi setiap nutrisi kepada sistem tubuh kita adalah berbeza. Vitamin seperti vitamin A, B, E dan K memberikan impak dan fungsi berbeza kepada tubuh.
Salah satu vitamin yang penting kepada tubuh adalah vitamin c , vitamin c sangat popular, semua orang sebut vitamin C dan sumbernya pula mudah untuk ditemui. Sumber semulajadi vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran.
Kekurangan Vitamin C
Kekurangan vitamin c merujuk kepada kekurangan jumlah vitamin c dalam diet pemakanan kita. Bila kekurangan ini tidak di ambil peduli, lama kelamaan akan menyebabkan kolagen baru tidak dapat dibentuk, seterusnya menyebabkan pelbagai tisu dalam badan mula pecah lalu proses pembaikan tisu badan boleh terjejas.
Jika keadaan di atas berterusan ditambah pula kekurangan vitamin c yang semakin kronik, ia boleh membawa kepada penyakit skurvi
Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C
Anda boleh lakukan ujian sendiri untuk mengesan samada vitamin C anda mencukupi atau tidak. Caranya adalah: Cakar kulit anda dengan kuku dan sekiranya ada garisan putih bermaksud anda kekurangan vitamin c di dalam badan, jika tiada anda sebarang tanda bermaksur badan anda cukup dengan vitamin c.
Jadi bagaimana? Mencukupi atau tidak? Bagaimanapun ada tanda-tanda kekurangan vitamin C yang anda boleh peroleh:
- Gusi sentiasa berdarah (kekurangan pembentukan kolagen)
- Tanda lebam pada badan
- Luka lambat sembuh
- Sering letih dan lemah
- Anemia
- Rambut kerapkali gugur
- Sakit sendi
- Darah dalam mata
- Kulit kering dan gatal
- Mengalami depression
- Ekzema
- Kurang selera makan
- Masalah pencernaan
- Kekurangan berat badan
Kebaikan Vitamin C dalam Diet Seharian
- Pembentukan kolagen – menggalakkan pembentukan kolagen dalam kulit menjadikan kulit lebih tegang, anjal, tiada kedutan atau menggeleber.
- Mencantikan kulit – membantu mencerahkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyekat pigmentasi.
- Meningkatkan imunisasi badan – membantu meningkatkan sistem imun badan bagi mereka yang sering atau kerap demam dan selsemaa.
- Membantu mengurangkan alergi / alahan – membantu pemulihan lebih cepat dan mengurangkan alergi / alahan hidung, kulit, asthma, resdung dan ulser.
- Membantu memerangi kanser – membantu meningkatkan interferon semulajadi dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan kanser. Vitamin C juga membantu memusnahkan radikal bebas adikal menyerang sel badan.
- Membantu mengatasi masalah pendarahan, lebam kulit, kulit kering, ekzema dan ruam badan.
Semoga bermanfaat .
Sekian dari saya Fera,
Penguna Shaklee dari 2013,
Pengedar Shaklee sejak 2017
Sekian dari saya Fera,
Comments
Post a Comment