Ais atau air batu sering digunakan dalam minuman. Tujuannya adalah untuk menyejukan minuman supaya kita lebih rasa segar dan menghilangkan rasa dahaga. Tahukah anda bahawa ais juga adalah bahan yang sesuai digunakan dalam kecantikkan wajah dan sangat baik untuk merawat masalah kulit muka?
Kami di team BeautyRia akan kongsikan tips dan manfaat dalam merawat masalah muka dengan menggunakan ais atau air batu.
1. MENGUBATI MASALAH JERAWAT
Jerawat yang tumbuh di muka menjadikan seseorang itu merasa tekanan dan mengurang rasa keyakinan diri. Penggunaan ais dapat membantu mengecilkan jerawat yang tumbuh pada wajah serta dapat menghilangkan jerawat yang tumbuh dalam masa yang singkat.
Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu ambil ketulan ais dan letakkan pada bahagian kulit muka yang ada jerawat selama 10 hingga 15minit. Usap bahagian yang terkena jerawat itu dengan ais berkali-kali secara perlahan-lahan.
2. MENGHILANGKAN BEKAS JERAWAT
Jerawat yang tumbuh pada muka biasanya meninggalkan bekas. Ada antara kita yang sukar untuk hilangkan bekas jerawat dan ada juga yang mempunyai kulit yang baik sehinggakan bekas jerawat yang ada itu hilang hanya satu hari. Letakkan ais atau air batu pada bekas jerawat selama beberapa minit, tekan bahagian bekas jerawat itu dengan ais. Ulangai cara ini setiap hari untuk mendapat kesan yang baik.
3. MENGECILKAN LIANG-LIANG PORI DI MUKA
Sesetengah orang mempunyai banyak liang pori di muka dan size pori di muka agak besar. Pori-pori di muka yang besar ini antara penyebab mengapa jerawat mudah tumbuh. Amalan meletakkan ais atau air batu pada muka mampu mengecilkan liang pori. Hasilnya, kulit anda lebih sihat dan sukar ditumbuhi jerawat.
4. MENGATASI MASALAH DARK CIRCLE ATAU LINGKARAN HITAM PADA MATA
Anda ada masalah dark circle? Malu untuk keluar rumah kerana dark circle anda terlalu jelas kelihatan? Ada banyak cara untuk mengubati atau mengatasi masalah dark circle ini. Penggunaan ais semata-mata bukanlah cara yang efektif untuk hilangkan lingkaran hitam pada mata. Apa yang perlu anda buat adalah, kisar atau blender timun yang telah dipotong bersama air. Kemudian campur sedikit air mawar yang telah direbus jika ada. Sejukan larutan ini dan masukkan ke dalam freezer supaya ia beku menjadi ais. Ambil ketulan ais itu tadi sapu dan ratakan pada sekeliling mata agar dark circle itu hilang.
Comments
Post a Comment