Skip to main content

6 Cara Dapatkan Kulit GLOWING Secara Semulajadi

Siapa lah tidak mahu muka yang cantik, gebu dan menawan kan? Lagi-lagi muka yang nampak glowing dan flawless macam modal-modal silap nanti tukar kerjaya jadi modal kot haha opss. Sis gurau je. Kalau nak jadi modal pun pilihan masing-masing juga kan hehe. 

Kali ini Fera akan share dengan anda semua macam mana mahu dapatkan kulit muka yang GLOWING secara semulajadi tanpa kos rawatan yang mahal-mahal. Semua bahan ni pun sangat mudah di dapati tau! 


 Tips Muka Glowing Dan FlawlessSecara Semulajadi


#1:  Minum Air Putih Dengan Secukupnya

Ini adalah tips untuk muka glowing dan flawlesssecara semulajadi yang paling asas dan penting sekali. Tubuh badan anda memerlukan air berish untuk membantu menggantikan sel-sel yang mati di dalam badan anda. Anda seharusnya minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi memastikan sistem dalaman badan anda dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh badn anda mendapat air yang cukup, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi. Tips ini memang harus diamalkan pada setiap masa dan waktu.


#2: Air Beras

Tahukah air beras tu apa? Bagi yang memang rajin ke dapur tau lah ya apa tu air beras, yang tak tahu tu sekali-sekala jenguk-jenguk la di dapur tu ya. Air beras merupakan air daripada mencuci beras sebelum ia dimasak dan kebiasaannya ia dibuang semasa proses mencuci beras. Apa kata untuk kali ini jangan dibuang air cucian beras itu, sebaliknya tadahkan dan simpan di dalam bekas air yang berasingan, seperti baldi atau sebagainya. Tahukah anda bahawa air beras mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan? Air bilasan dari mencuci beras itu dikatakan dapat mampu menghaluskan serta memutihkan kulit. Caranya adalah untuk megambil air bilasan ini dan amalkan berendam dalam air bilasan tersebut selama 15-20 minit setiap hari.


#3: Beras Pulut sebagai Masker

Beras pulut adalah sejenis beras yang anda boleh dapati secara mudah di pasar-pasar. Bukan pulut yang dah dimasak dan boleh terus dimakan ya! Untuk tips ini yang akan dapat memberikan anda muka glowing dan flawless secara semulajadi, ambil beras pulut tersebu dan gorengkan ia tanpa menggunakan minyak sehingga warna beras pulut tersebut menjadi kekuningan. Selepas proses menggoreng, tumbuk atau kisarkan beras pulut tersebut supaya menjadi seperti serbuk bedak. Apabila proses kisar atau tumbuk selesai, bancuh dengan air dan sapukan kepada wajah. Biarkan ia kering untuk seketika waktu dan basuh dengan air bersih. Amalkan tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, gebu, anggun dan bergaya.


#4: Menggunakan Yogurt Asli

Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit, terutaman sekali pada kulit muka anda. Untuk tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini, caranya adalah untuk ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan tips ini 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.


#5: Elakkan Sinaran Ultra Ungu (Ultraviolet – UV)

Matahari adalah sumber yang besar bagi vitamin D. Sinaran matahari dari jam 7 pagi hingga 9 pagi adalah yang terbaik untuk kulit. Cuba elakkan sinaran matahari selepas waktu ini adalah sangat penting. Sinaran UV yang agak kuat bukan sahaja boleh merosakkan tekstur kulit tetapi pendedahan terhadap sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit. Elakkan matahari terutamanya dari 10 pagi hingga 2 petang kerana sinar matahari boleh menyebabkan kerosakkan walaupun untuk kulit normal.


#6: Sapukan Larutan Jus Lemon

Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda. Anda sepatutnya boleh melihat hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan tersebut untuk beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Surat Pembatalan Polisi Insurans SunLife Dengan Mudah

Hari ni saya mau bagitau kat korang. Kalau mau ambil insuran tu hati-hati. Kena berfikir banyak kali dan jangan fikir setakat 2 3 kali tau nanti jadi pula kes macam saya ni. Nasi dah jadi bubur huhu. Nasib dah batalkan insuran ni. Ok sini saya mau share dengan korang macam mana cara saya buat pembatalan insuran yang saya ambil dari SunLife Malaysia Berhad dengan cara paling mudah dan pantas. Jenis pelan yang saya ambil ialah SunSave Assured. Macam mana nak batalkan? Caranya senang je, kena buat surat dan dalam surat tu mestilah ada nama, nombor kad pengenalan, nombor polisi ataupun sijil dan sebab buat pembatalan. Contoh surat untuk batalkan insuran Selepas tu printout surat kita tadi dan sign kat bawah surat , scan surat tu dan emalkan ke wecare@sunlifemalaysia.com Sms di terima selepas hantar email Dalam 3 hari masa bekerja korang akan dapat sms dari pihak Sunlife yang bagitau permohonan pembatalan tersebut sudah di luluskan. Boleh lah tarik nafas lega!...

Kesan Sampingan Yang Anda Akan Dapat Bila Makan GLA Complex Shaklee!

Hai semua, sihat? Terima kasih saya ucapkan hari ini sebab sudi membaca entri saya pada kali ini.  Kali ni saya nak bincangkan apa kesan sampingan yang anda akan dapat bila memakan produk terkenal iaitu GLA Complex daripada Shaklee.  Ada kakak ni ambil GLA Complex untuk stabilkan hormonnya sebab period dia tak datang tiap bulan dan habis sebulan dia makan GLA Complex tersebut kakak ini dapati kesan yang dia inginkan seperti dalam setiap testimoni pengguna GLA tersebut tidak berkesan dengannya. Dah konsistent sebulan tapi period tak datang juga dan kesan di sebalik ni rupanya kakak ni dah mengandung beberapa minggu.  Kesan sampingan ini lah yang akak ni dapat, setiap badan kita ini semuanya berbeza tau, cepat atau lambat kita akan dapat juga kesan itu dengan usaha dan kesabaran yang kita jaga. Tak semestinya apa yang kita nak di kabulkan malah di beri berita yang paling gembira yang tak di sangka-sangka. Kalau anda tercari-cari suplemen untuk stabilkan hormon dan j...

Selaput Mata, Katarak Atau Pterygium?

Penyakit Selaput Mata ini adalah sejenis penyakit yang boleh berlaku kepada golongan tua ataupun muda dan ia boleh di hidapi oleh semua orang. Ramai yang menyalahanggap bahawa selaput mata ini adalah katarak dan masih ramai yang keliru perbezaan selaput mata dan juga katarak. Mungkin perkataan "selaput mata" agak membinggungkan kerana katarak juga di panggil sebagai selaput mata, nama mereka mungkin sama tetapi keadaan mereka jauh bezanya. Anda mempunyai selaput mata atau katarak? mari kita baca perbezaannya. “Pterygium” adalah selaput yang berada di hadapan mata. Kebiasaannya tumbuh dari tepi di bahagian konjunktiva dan tumbuh perlahan-lahan ke bahagian tengah mata iaitu kornea. “Pterygium” memang senang kelihatan kerana beradaa di bahagian paling luar mata. Ia merupakan sejenis ketumbuhan abnormal namun bukan kanser dan jika tidak di rawat ia akan tumbuh menutupi seluruh mata. Pterygium adalah "lapisan fibrovascular" iaitu gabungan salur darah da...