Inginkan muka cantik berseri? Tidak semestinya bergantung pada skincare semata-mata sebab apa yang kita makan ni juga mempengahuri kesihatan badan dan juga kulit muka kita.
Kali ini Fera akan kongsikan dengan anda 7 Jenis Buah-buahan yang terbaik untuk kulit anda 😊
1. EPAL
Epal sememangnya terkenal dengan menjaga kesihatan badan dan kulit. Kandungan Vitamin C yang ada pada Epal mampu menjaga kulit muka supaya kekal sihat dan cantik, epal ini juga boleh menghalang kerosakan radikal bebas yang menyebabkan penuaan pada kulit.
Epal yang kaya dengan serat juga membantu membersihkan usus kita seterusnya kulit akan bebas dari masalah jerawat sebab epal mengandungi Vitamin A, potassium, kalsium dan magnesium
2. ANGGUR
Anggur, samada anggur merah atau hijau, mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan. Penyelidik telah mendapati bahawa resveratrol membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV dan kanser kulit. Anggur juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin C, K, dan folat dan mineral seperti kalsium, kalium, dan fosforus. Selain itu, ekstrak biji anggur mempunyai ciri-ciri untuk keremajaan kulit, melindungi, dan menyembuhkan.
3. STRAWBERI
Mengandungi ‘malic acid’,ini membuatkan strawberi terkenal sebagai agen pencerah semulajadi. ‘Malic acid’ juga menggalakkan kulit yang lebih sihat, lebih anjal dan kelihatan muda dengan memperbaharui sel-sel kulit tanpa merosakkan lapisan kulit anda. Ia juga kaya dengan antioksidan yang membantu kulit anda lebih sihat dari dalam. Jom makan strawberi jom!
4. TOMATO
Tomato kaya dengan antioksidan jenis lycopene yang mempunyai ciri-ciri anti-penuaan. Ia juga bertindak sebagai pelindung matahari untuk melindung kulit anda dari dalam. Tomato juga bersifat asid, membolehkannya membantu mengetatkan liang dan menghalang jerawat. Tak suka tomato? Lepas ni kena rajin-rajin makan tomato.
4. AVOCADO
Avokado mengandugi Biotin atau vitamin B7. Biotin penting untuk pertumbuhan dan pembaharuan semula sel-sel. Ia juga turut mengandungi vitamin A, C dan E yang terkenal sebagai pelindung kulit. Asid lemak di dalam avokado juga penting untuk keanjalan kulit, mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka. Avokado juga kaya dengan lutein and zeaxanthin yang akan membantu melindungi kulit dari sinar UV.
5. BUAH DELIMA
Buah delima kaya dengan vitamin C, K, dan folat, dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, dan kalium. Malah, kulit dan biji yang dimakan juga kaya dengan antioksidan (asid ellagic) yang membantu melindungi kulit dari kerosakan UV-A dan UV-B dan pigmentasi kulit . Para saintis juga berjaya menghasilkan regenerasi dermis dan epidermis manusia di makmal yang menggunakan delima.
6. BUAH PIC
Buah pic kaya dengan vitamin A, C, E, dan K dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium, fosforus, dan serat. Ia antara sumber antioksidan hebat yang membantu menghalang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan DNA di dalam badan
7. BUAH BETIK
Ekstrak buah betik banyak digunakan secara meluas dalam industri penjagaan kulit seperti kulit muka, sabun, pembersih, dan losyen. Tetapi kenapa ramai yang memilih rawatan kimia daripada memakan betik yang lebih segar dan murah ini?
Betik mengandungi sejumlah besar Vitamin A , B, C, asid pantothenik, dan folat dan mineral seperti tembaga, potassium, dan magnesium. Betik juga mengandungi enzim seperti papain dan chymopapain yang membantu mencegah kerosakan kulit oleh radikal bebas dan mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikulat, dan antiviral.
Betik mengandungi sejumlah besar Vitamin A , B, C, asid pantothenik, dan folat dan mineral seperti tembaga, potassium, dan magnesium. Betik juga mengandungi enzim seperti papain dan chymopapain yang membantu mencegah kerosakan kulit oleh radikal bebas dan mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikulat, dan antiviral.
Comments
Post a Comment