Skip to main content

Akibat Kekurangan Protein Di Dalam Badan

Masih ada yang tidak faham tentang keperluan protein di dalam badan? Hari ini Fera akan kongsikan kepada anda akibat kekurangan pengambilan protein di dalam badan.

Apa itu Protein? Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan dan juga komponen utama kepada hormon manusia. Setiap dari organ badan memerlukan protein jika kekurangan protein ia boleh menyebabkan sistem imun menjadi semakin lemah untuk melawan penyakit, pertumbuhan terbantut, adanya masalah penghadaman, warna rambut berubah, masalah penghasilan darah dan hormon yang boleh membawa kepada masalah fungsi organ sehingga menyebabkan kepada kematian.

Berikut 8 kesan kekurangan protein kepada tubuh badan kita,

Edema ataupun pembengkakan ini disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan. Ini kerana protein membantu menyeimbangan kandungan air dalam badan, dan kekurangan protein boleh menyebabkan berlakunya penyimpanan air yang tidak seimbang.
 

Turun berat badan. Ini bukanlah penurunan berat badan yang sihat. Ini kerana sel tubuh memerlukan protein. Apabila sumber protein tidak mencukupi, maka badan akan memecahkan protein dari otot untuk digunakan. Maka kita akan kehilangan otot-otot tubuh sekaligus menurunkan berat badan.

Rambut rosak, menipis, bercabang dan akhirnya botak. Ini juga antara kesan kekurangan protein. Kerana rambut dibuat daripada protein.

Koilonychia ataupun spoon-shaped nail juga boleh menjadi antara tanda kekurangan protein. Walaupun biasanya tanda ini adalah normal dikalangan kanak-kanak.

Protein juga penting untuk mencerna zat besi bagi menghasilkan sel darah merah. Tambahan pula, kebanyakan makanan yang mengandungi protein juga mengandungi Vitamin B12 yang juga penting untuk penghasilan sel darah merah. Jadi kekurangan protein boleh menyebabkan anaemia – kurang darah merah.

Antara tanda awal anaemia adalah keletihan, kulit pucat, jantung berdebar dan pening kepala.


Selain diabetes, antara punca luka lambat sembuh adalah kerana kekurangan protein. Ini kerana kita memerlukan asid amino yang cukup untuk proses baik pulih luka.

Kerana kulit juga berasaskan protein, jadi bila kita kurang protein, kulit juga akan terkesan, dan kita akan lebih mudah mendapat masalah kulit seperti eczema, ruam, kulit kering.


Kekurangan sesetengah amino asid juga boleh mengurangkan hormon serotonin. Bila kurang serotonin, kita boleh mendapat masalah sukar tidur, atau tidur yang kurang nyenyak. 



Semoga bermanfaat .



Sekian dari saya Fera,
Penguna Shaklee dari 2013,
Pengedar Shaklee sejak 2017

Comments

Popular posts from this blog

Cara Buat Surat Pembatalan Polisi Insurans SunLife Dengan Mudah

Hari ni saya mau bagitau kat korang. Kalau mau ambil insuran tu hati-hati. Kena berfikir banyak kali dan jangan fikir setakat 2 3 kali tau nanti jadi pula kes macam saya ni. Nasi dah jadi bubur huhu. Nasib dah batalkan insuran ni. Ok sini saya mau share dengan korang macam mana cara saya buat pembatalan insuran yang saya ambil dari SunLife Malaysia Berhad dengan cara paling mudah dan pantas. Jenis pelan yang saya ambil ialah SunSave Assured. Macam mana nak batalkan? Caranya senang je, kena buat surat dan dalam surat tu mestilah ada nama, nombor kad pengenalan, nombor polisi ataupun sijil dan sebab buat pembatalan. Contoh surat untuk batalkan insuran Selepas tu printout surat kita tadi dan sign kat bawah surat , scan surat tu dan emalkan ke wecare@sunlifemalaysia.com Sms di terima selepas hantar email Dalam 3 hari masa bekerja korang akan dapat sms dari pihak Sunlife yang bagitau permohonan pembatalan tersebut sudah di luluskan. Boleh lah tarik nafas lega!...

Kesan Sampingan Yang Anda Akan Dapat Bila Makan GLA Complex Shaklee!

Hai semua, sihat? Terima kasih saya ucapkan hari ini sebab sudi membaca entri saya pada kali ini.  Kali ni saya nak bincangkan apa kesan sampingan yang anda akan dapat bila memakan produk terkenal iaitu GLA Complex daripada Shaklee.  Ada kakak ni ambil GLA Complex untuk stabilkan hormonnya sebab period dia tak datang tiap bulan dan habis sebulan dia makan GLA Complex tersebut kakak ini dapati kesan yang dia inginkan seperti dalam setiap testimoni pengguna GLA tersebut tidak berkesan dengannya. Dah konsistent sebulan tapi period tak datang juga dan kesan di sebalik ni rupanya kakak ni dah mengandung beberapa minggu.  Kesan sampingan ini lah yang akak ni dapat, setiap badan kita ini semuanya berbeza tau, cepat atau lambat kita akan dapat juga kesan itu dengan usaha dan kesabaran yang kita jaga. Tak semestinya apa yang kita nak di kabulkan malah di beri berita yang paling gembira yang tak di sangka-sangka. Kalau anda tercari-cari suplemen untuk stabilkan hormon dan j...

Selaput Mata, Katarak Atau Pterygium?

Penyakit Selaput Mata ini adalah sejenis penyakit yang boleh berlaku kepada golongan tua ataupun muda dan ia boleh di hidapi oleh semua orang. Ramai yang menyalahanggap bahawa selaput mata ini adalah katarak dan masih ramai yang keliru perbezaan selaput mata dan juga katarak. Mungkin perkataan "selaput mata" agak membinggungkan kerana katarak juga di panggil sebagai selaput mata, nama mereka mungkin sama tetapi keadaan mereka jauh bezanya. Anda mempunyai selaput mata atau katarak? mari kita baca perbezaannya. “Pterygium” adalah selaput yang berada di hadapan mata. Kebiasaannya tumbuh dari tepi di bahagian konjunktiva dan tumbuh perlahan-lahan ke bahagian tengah mata iaitu kornea. “Pterygium” memang senang kelihatan kerana beradaa di bahagian paling luar mata. Ia merupakan sejenis ketumbuhan abnormal namun bukan kanser dan jika tidak di rawat ia akan tumbuh menutupi seluruh mata. Pterygium adalah "lapisan fibrovascular" iaitu gabungan salur darah da...